Saturday 12 October 2013

PERBEZAAN MAHZAB ANTARA AHLU-SUNNAH & SYIAH..






PERBEZAAN MAHZAB ANTARA AHLU-SUNNAH & SYIAH..

1) Ahlussunnah : Mengucap dua kalimat syahadat.
- Syiah : Mengucap tiga kalimat syahadat, disamping "Asyhadu an Laailaha illallah, wa asyhadu anna Muhammadan Rasulullah", masih ditambah dengan menyebut dua belas imam-imam mereka(Imam 12).

2) Ahlussunnah : Percaya kepada imam-imam tidak termasuk dlm rukun iman. Adapun byk jumlah Nabi & Rasul tidak terbatas..Yang diketahui hanya 25 Rasul..
- Syiah : Percaya kepada dua belas imam-imam mereka, termasuk rukun iman. Kerana orang-orang yang tidak beriman kepada dua belas imam-imam mereka (seperti orang-orang Sunni), maka menurut ajaran Syiah dianggap kafir dan akan masuk neraka.

3) Ahlussunnah : Khulafaurrosyidin yang diakui (sah) adalah :
a) Abu Bakar
b) Umar Al-Khattab
c) Uthman
d) Ali Abi Talib
- Syiah : Ketiga Khalifah (Abu Bakar, Umar, Uthman) tidak diakui oleh Syiah. Kerana dianggap telah merampas kekhalifahan Ali bin Abi Thalib (padahal Imam Ali sendiri membai'at dan mengakui kekhalifahan mereka).

3) Ahlussunnah : Khalifah(Imam) adalah manusia biasa, yg tidak mempunyai sifat Ma'shum.Bererti mereka boleh berbuat salah/dosa..Kerana sifat Ma’shum, hanya dimiliki oleh para Nabi.
- Syiah : Para imam yang jumlahnya dua belas (Imam 12 bermula dari Saidina Ali r.a hingga Muhammad bin Al-‘Askari) tersebut mempunyai sifat Ma'’hum, seperti para Nabi.

4) Ahlussunnah : Islam melarang mencaci-maki atau melaknat para sahabat nabi.
- Syiah : Melaknat & Mencaci-maki para sahabat tidak apa-apa bahkan Syiah berkeyakinan bahwa selepas kewafatan Rasulullah SAW, mereka(para sahabat) menjadi murtad dn tinggal beberapa orang saja yg beriman. Alasannya kerana para sahabat membai'at Saidina Abu Bakar sebagai Khalifah.

5) Ahlussunnah : Siti Aisyah isteri Rasulullah SAW sangat dihormati dan dicintai. Beliau adalah Ummul Mu’minin.
- Syiah : Siti Aisyah dicaci-maki, difitnah,dikafirkan kerana dituduh meracuni Rasullah SAW, bahkan juga dikatakan sebagai pelacur.

6) Ahlussunnah : Al-Qur'an pelengkap hidup kerana diturunkan oleh Allah swt..
- Syiah : Al-Qur'an yg ada sekarang ini menurut pengakuan ulama Syiah tidak lengkap. Sudah diubah oleh para sahabat (dikurangi & ditambah).

7) Ahlussunnah : Surga diperuntukkan bagi orang-orang yang taat kepada Allah dan Rasul-Nya. manakala Neraka diperuntukkan bagi orang-orang yang tidak taat kepada Allah dan Rasul Nya.
- Syiah : Surga diperuntukkan bagi orang-orang yang cinta kepada Imam Ali, walaupun orang tersebut tidak taat kepada Rasulullah SAW. Neraka diperuntukkan bagi orang-orang yang memusuhi Imam Ali, walaupun orang tersebut tidak taat kepada Rasulullah.

8 ) Ahlussunnah : Nikah mengikut Ahlusunnah memerlukan saksi & wali serta perkahwinan berahkir dgn talak atau meninggal dunia..manakala nikah Mut’ah (kawin kontrak), sama dengan perbuatan zina dan hukumnya haram.
- Syiah : Nikah mut’ah sangat dianjurkan dan hukumnya halal. tidak memerlukan saksi & wali dlm nikah Mut'ah..tidak dibatasi waktu..Halalnya Mut’ah ini dipakai oleh golongan Syiah untuk mempengaruhi para pemuda agar masuk Syiah..

9) Ahlussunnah : Mengucapkan 'Amin' diakhir surat Al-Fatihah dalam solat adalah sunnah.
- Syiah : Mengucapkan 'Amin' diakhir surat Al-Fatihah dalam solat dianggap tidak sah/ batal solatnya.
(Jadi solatnya Muslimin di seluruh dunia dianggap tidak sah, kerana mengucapkan Amin dalam solatnya).

10) Ahlussunnah : Diwaktu solat meletakkan tangan kanan diatas tangan kiri hukumnya sunnah.
- Syiah : Diwaktu solat meletakkan tangan kanan diatas tangan kiri membatalkan solat.
(jadi solatnya Ahlusunnah dihukum tidak sah/batal, sebab meletakkan tangan kanan diatas tangan kiri).

11) Ahlussunnah : Solat jamak itu merupakan satu kelonggaran yang dikhususkan kepada orang yang musafir sahaja. menghimpunkan atau mengumpulkan dua solat dalam satu waktu, iaitu menghimpunkan solat Zohor dengan Asar, atau Maghrib dengan Isyak dalam satu waktu yang sama manakala solat subuh tidak boleh diqasarkan.
- Syiah : Solat jamak diperbolehkan walaupun tanpa alasan apapun.

12) Ahlusunnah : Aqidah Raj’ah tidak ada dalam ajaran Ahlussunnah. Orang yg meninggal akan selama-lamanya tinggal di alam barzakh dan akan dibangkit pada hari kiamat..Ahlussunnah percaya Imam Mahdi akan datang membawa keadilan dan kedamaian..
- Syiah : Raj’ah adalah salah satu aqidah Syiah.Orang Syiah mempunyai Imam Mahdi sendiri. Dimana diceritakan : bahwa nanti diakhir zaman, Imam Mahdi (Imam ke-12) akan keluar dari persembunyiannya. Kemudian dia pergi ke Madinah untuk membangunkan Rasulullah saw, Imam Ali, Siti Fatimah serta Ahlul Bait yang lain.
Setelah mereka semuanya bai'at kepadanya, dia pun selanjutnya membangunkan Abu Bakar, Umar, Aisyah. Kemudian ketiga orang tersebut disiksa dan disalib, sampai mati seterusnya diulang-ulang sampai ribuan kali sebagai balasan atas perbuatan jahat mereka kepada Ahlul Bait.

13) Ahlusunnah : Hari Asyura merupakan salah satu hari yang diraikan oleh umat Islam. Hari Asyura telah menyaksikan banyak sejarah besar dan keajaiban berlaku ke atas para nabi. Disebabkan itu, masyarakat Islam menghormati hari tersebut seperti juga yang diamalkan oleh Muhammad s.a.w.
- Syiah : merupakan Hari Pertempuran yang terjadi di Karbala, Iraq. Hari Asyura dijadikan oleh golongan Syi’ah sebagai hari berkabung, dukacita, dan menyiksa diri(memukul badan mereka dengan rantai besi, melukai kepala dengan pedang, dll.) sebagai ungkapan dari kesedihan dan penyesalan atas kematian saidina Husain..mereka percaya Allah akan mengampuni segala dosanya baik yang sudah dilakukan mahupun yang akan dilakukan.

Sejarah Muncul Syiah.

Ramai pengkaji sejarah berpendapat Ibnu Saba adalah pengasas bagi ajaran Syiah.Namanya disebut secara mutawatir dalam banyak kitab Ahli Sunnah dan syiah. Abdullah bin Saba adalah seorang Yahudi dari Yaman dan pengasas golongan Syiah Sabaiah iaitu Syiah Pelampau. Beliau dikatakan memeluk islam pada penghujung zaman Saidina Uthman R.A dengan tujuan lain. Beliau menjelajah ke kota islam dalam percubaannya untuk menyesatkan umat islam. Bibit kelahiran fahaman Syiah dan asal usul prinsipnya lahir pada tangan puak Syiah Sabaiah (pelampau) melalui pengakuan buku muktabar Syiah sendiri yang mengatakan bahawa Ibnu Saba juga adalah orang yang mula-mula melahirkan caci dan cela terhadap sahabat, menyatakan wajib bagi Ali, orang yang diwasiatkan oleh nabi SAW untuk menjadi imam. Ini adalah asas tasyayyu seperti yang dipegang oleh tokoh syiah sebagaimana definisi Syiah di atas. Kefahaman asing melalui konsep tasyayyu kemudian mula meresap dan digunakan sebagai salah satu helah bagi pihak yg hendak menghancurkan islam daripada golongan mulhid, munafiq dan thaghut. Demikian perbezaan-perbezaan antara aqidah Ahlussunnah Waljamaah dan aqidah Syiah Imamiyah Itsna Asyariyah (Ja’fariyah).